27.12.08

Malacca Black N White


Semua gambar di atas adalah hak milik cipta terpelihara I Web Photographic. Sebarang aktiviti "copy", "save" tidak dibenarkan sama sekali kecuali di atas sebab2 tertentu. Harap Maklum.


Baru-baru ini, Melaka telah menjadi semakin popular gara-gara penganugerahan gelaran Datuk kepada seorang selebriti dari negara luar. Berbagai tanggapan dan pandangan yang telah di berikan dari berbagai pihak. Ada yang setuju, marah atau pun tak ambil kisah. Pada kami di I Web Photographic, itu bukanlah di dalam bidang kuasa kami biar pun kadang kala ianya menjadi topik bualan ketika bosan. :)

Lawatan ke Melaka mengambil masa cuma sehari. Atas urusan perniagaan, kami ke sana sambil menikmati pemandangan indah dan sibuk di Melaka. Lebih2 lagi menjelang Krismas, ramai yang datang mengunjungi bandaraya bersejarah itu. Bukan hanya pelancong dari luar malahan orang tempatan sendiri beramai2 mengunjungi Melaka. Maka tidak hairan lah Melaka sememangnya salah satu pusat pelancongan yang bisa memberikan pulangan yang hebat untuk kerajaan negeri sekali gus negara.

Apa pun, seperti yang pernah di bicarakan bersama abang beca..beliau berharap moga arus permodenan tidak sekali2 merosakkan nostalgia negeri itu dan Melaka kekal sebagai bandaraya yang penuh dengan bangunan2 bersejerah serta lama.

Sepatah kata beliau...

"...Kalau dah semuanya di runtuhkan dan di bina baru...banyak pusat membeli belah di bangun kan...lupakan saja lah perkataan BERSEJARAH itu..."




No comments: