28.12.08

Term & Condition

Kepada pelangan yang di hormati,
Berikut adalah terma & syarat yang dikenakan oleh pihak kami, I WEB PHOTOGRAPHIC kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan kami. Di sini, kami akan memaklumkan dengan lebih terperinci untuk setiap terma dan syarat yang kami telah sediakan.

- National wide services available

Kami menawarkan perkhidmatan kami bukan sahaja di dalam kawasan Lembah Klang. Dimana jua majlis anda akan di adakan, kami sedia memberi perkhidmatan kami kepada anda.

- Price may be vary depending on travel charges outside of Klang Valley

Sekiranya majlis anda berada di luar Lembah Klang, bayaran ke atas tempat penginapan dan perjalanan akan di kenakan dan bayaran itu bergantung pada lokasi anda. Bagi penginapan, kami tidak akan menerima sebarang penginapan yang disediakan di rumah pengantin. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang shoot di luar dari waktu yang telah di tetapkan. Walau bagaimana pun, kami memahami pelanggan kami dengan hanya akan mengenakan bayaran yang berpatutan.

- 70% payment need to be made upon confirmation package and 30%, 3 days before delivery of full package (deposit are non refundable)

Bagi sesetengah pihak, ada di antara mereka cuma mengenakan 10% untuk deposit, tetapi di I WEB PHOTOGRAPHIC, 70% akan di kenakan sebagai deposit. Sebagai sebuah syarikat yang telah berdaftar di SSM, kami mempunyai hak untuk meletakkan % untuk deposit terhadap pelanggan. Ini adalah untuk secure kami sendiri kerana ada insiden yang telah terjadi di mana apabila kami meletakkan deposit yang rendah, dan album telah siap, pelanggan cuba mengelak untuk membayar bayaran yang berbaki. Jadi, ini akan menyulitkan pihak kami untuk memburu pelanggan di atas kelewatan pembayaran. Dan kami sendiri tidak mahu memegang lebih lama album yang telah di siapkan.

Rasanya tidak perlu ada sebarang kemuskilan dan persoalan mengapa kami meletakkan jumlah deposit lebih tinggi berbanding tempat lain. Dan deposit yang telah di bayar tidak akan di pulangkan semula sekiranya ada sebarang pertukaran dari pihak pelanggan sendiri. Tetapi, andaikata pihak kami yang terpaksa membatalkan perjanjian, pihak I WEB PHOTOGRAPHIC bertanggungjawab untuk memulangkan semula deposit yang telah di bayar.

- Goods will be deliver within 21 working days

Kami akan mengambil masa 21 hari waktu bekerja (kecuali Sabtu dan Ahad) untuk menyiapkan pakej yang telah diambil oleh pelanggan. Pelanggan akan di maklumkan dengan proses penyiapan album melalui sms. dan seminggu (7hari) sebelum album disiapkan, kami akan sms pelanggan bagi mengingatkan bayaran berbaki. Baki bayaran 30% harus di lunaskan 3 hari sebelum penghantaran. Dan di ingatkan, sebarang pakej yang telah kami hantar pada pelanggan, sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau masalah terhadap album dll, ianya adalah DILUAR TANGGUNGJAWAB kami. Ini adala kerana, kami sentiasa memastikan keadaan album dalam keadaan yang baik sebelum penghantaran di buat.

- Copyright reserved for all photographic works

Sebarang gambar yang di ambil oleh pihak kami adalah dibawah akta perlindungan dimana kami mempunyai hak terhadap gambar2 kami. Bagi pelanggan atau mereka yang ingin menyiarkan sebarang gambar kami di mana2 (pameran atau internet (blog, fotopages dll)), kredit harus lah di berikan kepada pihak I WEB PHOTOGRAPHIC.

- Choice of E-Book (various sizes)

Selain dari saiz 8x12, kami juga menawarkan saiz yang lebih besar untuk album e-book (juga custom album).

- Outdoor photoshoot are exclusive of make up and clothing

Untuk outdoor photo shoot, kami tidak akan menyediakan sebarang pakaian dan make up untuk anda. Jadi pihak anda harus lah menyediakan sendiri pakaian dan make up. Disamping itu, pihak pelanggan sendiri yang harus membawa kami ke lokasi yang dipilih.

Semoga dengan penjelasan yang telah di berikan ini, pelanggan tidak akan mengalami sebarang kekeliruan dan persoalan terhadap terma dan syarat I WEB PHOTOGRAPHIC.

Terima Kasih.

27.12.08

Royale Bintang Resort & Spa


(Gambar ini adalah hak milik terpelihara I Web Photographic)

Lokasi: Royale Bintang Resort & Spa (dahulu di kenali sebagai Royal Adelphi Hotel) Jalan Dato A.S. Dawood, 70100 Seremban. Negeri Sembilan, Malaysia

Malacca Black N White


Semua gambar di atas adalah hak milik cipta terpelihara I Web Photographic. Sebarang aktiviti "copy", "save" tidak dibenarkan sama sekali kecuali di atas sebab2 tertentu. Harap Maklum.


Baru-baru ini, Melaka telah menjadi semakin popular gara-gara penganugerahan gelaran Datuk kepada seorang selebriti dari negara luar. Berbagai tanggapan dan pandangan yang telah di berikan dari berbagai pihak. Ada yang setuju, marah atau pun tak ambil kisah. Pada kami di I Web Photographic, itu bukanlah di dalam bidang kuasa kami biar pun kadang kala ianya menjadi topik bualan ketika bosan. :)

Lawatan ke Melaka mengambil masa cuma sehari. Atas urusan perniagaan, kami ke sana sambil menikmati pemandangan indah dan sibuk di Melaka. Lebih2 lagi menjelang Krismas, ramai yang datang mengunjungi bandaraya bersejarah itu. Bukan hanya pelancong dari luar malahan orang tempatan sendiri beramai2 mengunjungi Melaka. Maka tidak hairan lah Melaka sememangnya salah satu pusat pelancongan yang bisa memberikan pulangan yang hebat untuk kerajaan negeri sekali gus negara.

Apa pun, seperti yang pernah di bicarakan bersama abang beca..beliau berharap moga arus permodenan tidak sekali2 merosakkan nostalgia negeri itu dan Melaka kekal sebagai bandaraya yang penuh dengan bangunan2 bersejerah serta lama.

Sepatah kata beliau...

"...Kalau dah semuanya di runtuhkan dan di bina baru...banyak pusat membeli belah di bangun kan...lupakan saja lah perkataan BERSEJARAH itu..."




4.12.08

Contoh Slide Show

( Di ambil dari slide show akad nikah dan berinai pasangan Hanaffi & Yanti, Kota Tinggi Johor)

Ini adalah contoh Slide Show yang pihak I web photographic buat untuk sesuatu majlis perkahwinan. Di sebabkan ramai yang bertanya bagaimana rupanya slide show kami, maka pihak kami telah mengambil kesempatan untuk memuat turun salah satu slide show terbaik kami.

Selain dari majlis perkahwinan, kami juga boleh membuat slide show bagi sebarang upacara. Dan pada anda yang mempunyai gambar yang ingin anda abadikan dalam bentuk slide show, serahkan pada kami, dan kami akan merealisasikan impian anda.

Trademark slide show kami adalah, kami akan memuatkan lirik lagu yang menjadi penghias slide disamping lagu itu sendiri boleh dijadikan jalan cerita sesebuah slide show.

Selamat menonton.

nt: Kualiti slide show yang di tunjukkan didalam web ini tidak sekualiti yang original. Harap maklum. Jika ingin melihat yang original dan full slide show, anda boleh menghubungi kami. T.Kasih

2.12.08

Promosi Hujung Tahun

* berkuat kuasa mulai hari ini sehingga hujung bulan Januari