Berikut adalah terma & syarat yang dikenakan oleh pihak kami, I WEB PHOTOGRAPHIC kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan kami. Di sini, kami akan memaklumkan dengan lebih terperinci untuk setiap terma dan syarat yang kami telah sediakan.
- National wide services available
Kami menawarkan perkhidmatan kami bukan sahaja di dalam kawasan Lembah Klang. Dimana jua majlis anda akan di adakan, kami sedia memberi perkhidmatan kami kepada anda.
- Price may be vary depending on travel charges outside of Klang Valley
Sekiranya majlis anda berada di luar Lembah Klang, bayaran ke atas tempat penginapan dan perjalanan akan di kenakan dan bayaran itu bergantung pada lokasi anda. Bagi penginapan, kami tidak akan menerima sebarang penginapan yang disediakan di rumah pengantin. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang shoot di luar dari waktu yang telah di tetapkan. Walau bagaimana pun, kami memahami pelanggan kami dengan hanya akan mengenakan bayaran yang berpatutan.
- 70% payment need to be made upon confirmation package and 30%, 3 days before delivery of full package (deposit are non refundable)
Bagi sesetengah pihak, ada di antara mereka cuma mengenakan 10% untuk deposit, tetapi di I WEB PHOTOGRAPHIC, 70% akan di kenakan sebagai deposit. Sebagai sebuah syarikat yang telah berdaftar di SSM, kami mempunyai hak untuk meletakkan % untuk deposit terhadap pelanggan. Ini adalah untuk secure kami sendiri kerana ada insiden yang telah terjadi di mana apabila kami meletakkan deposit yang rendah, dan album telah siap, pelanggan cuba mengelak untuk membayar bayaran yang berbaki. Jadi, ini akan menyulitkan pihak kami untuk memburu pelanggan di atas kelewatan pembayaran. Dan kami sendiri tidak mahu memegang lebih lama album yang telah di siapkan.
Rasanya tidak perlu ada sebarang kemuskilan dan persoalan mengapa kami meletakkan jumlah deposit lebih tinggi berbanding tempat lain. Dan deposit yang telah di bayar tidak akan di pulangkan semula sekiranya ada sebarang pertukaran dari pihak pelanggan sendiri. Tetapi, andaikata pihak kami yang terpaksa membatalkan perjanjian, pihak I WEB PHOTOGRAPHIC bertanggungjawab untuk memulangkan semula deposit yang telah di bayar.
- Goods will be deliver within 21 working days
Kami akan mengambil masa 21 hari waktu bekerja (kecuali Sabtu dan Ahad) untuk menyiapkan pakej yang telah diambil oleh pelanggan. Pelanggan akan di maklumkan dengan proses penyiapan album melalui sms. dan seminggu (7hari) sebelum album disiapkan, kami akan sms pelanggan bagi mengingatkan bayaran berbaki. Baki bayaran 30% harus di lunaskan 3 hari sebelum penghantaran. Dan di ingatkan, sebarang pakej yang telah kami hantar pada pelanggan, sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau masalah terhadap album dll, ianya adalah DILUAR TANGGUNGJAWAB kami. Ini adala kerana, kami sentiasa memastikan keadaan album dalam keadaan yang baik sebelum penghantaran di buat.
- Copyright reserved for all photographic works
Sebarang gambar yang di ambil oleh pihak kami adalah dibawah akta perlindungan dimana kami mempunyai hak terhadap gambar2 kami. Bagi pelanggan atau mereka yang ingin menyiarkan sebarang gambar kami di mana2 (pameran atau internet (blog, fotopages dll)), kredit harus lah di berikan kepada pihak I WEB PHOTOGRAPHIC.
- Choice of E-Book (various sizes)
Selain dari saiz 8x12, kami juga menawarkan saiz yang lebih besar untuk album e-book (juga custom album).
- Outdoor photoshoot are exclusive of make up and clothing
Untuk outdoor photo shoot, kami tidak akan menyediakan sebarang pakaian dan make up untuk anda. Jadi pihak anda harus lah menyediakan sendiri pakaian dan make up. Disamping itu, pihak pelanggan sendiri yang harus membawa kami ke lokasi yang dipilih.
Semoga dengan penjelasan yang telah di berikan ini, pelanggan tidak akan mengalami sebarang kekeliruan dan persoalan terhadap terma dan syarat I WEB PHOTOGRAPHIC.
Terima Kasih.